Kenapa Perlu Format laptop?

Selalu dengar kan format laptop?



Kalau laptop dah sesak nafas nak berfungsi, jangan tunggu lagi!

Apa itu format windows? format windows beerti mengosongkan hard disk dengan memadam sistem operasi windows yang ada di dalamnya dan juga kesemua fail-fail yang ada di dalam disk tersebut. Proses format akan menghilangkan semua data jika anda tidak membuat backup terlebih dahulu, termasuklah sistem operasi laptop anda dan juga software yang terdahulu. (tapi dekat RAFIKSOLUTIONS kami dah masukkan pakej PERCUMA backup data-data pengguna!)

Kelajuan proses format dan install windows bergantung kepada kesihatan dan “speed” hard disk atau SSD itu sendiri.

 

Kenapa laptop saya masih SLOW lepas format?

Kenapa perlu format laptop?

1. Menaiktaraf ‘Operating System (OS)’ komputer
Hanya kerana komputer anda didatangi dengan Windows 7, tidak bermakna anda harus menggunakan Windows 7 selamanya. Anda mungkin perlu menukar atau menaik taraf OS komputer anda. Bagi mendapatkan OS yang baru, format adalah jalan permulaannya. Tapi check dulu specs laptop anda, tidak semua laptop boleh upgrade OS!

2. Serangan virus
Virus datang dari fail-fail rosak dan cenderung menyerang fail di dalam sistem komputer. Virus mengurangkan kecekapan sistem dengan mengambil alih banyak kerja dari CPU. Ini menyebabkan aplikasi lain sukar untuk berfungsi.

3. Sistem komputer sangat perlahan
Selain dari bertukar ke ssd atau menaiktaraf RAM komputer anda, format juga boleh menjadi solusi kepada masalah komputer yang lembap. Walau bagaimanapun, format tidak akan selamanya membantu dalam meningkatkan kelajuan sistem komputer anda.

sumber, repairlaptopalorstar
Previous Post Next Post