CMOS, maksud & fungsinya

CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor) adalah jenis teknologi litar bersepadu.Istilah ini sering digunakan untuk merujuk kepada sesebuah cip bertenaga bateri yang ditemui di banyak komputer peribadi yang menyimpan beberapa maklumat asas termasuk tarikh,masa dan tetapan sistem konfigurasi yang diperlukan oleh sistem input/output (BIOS) untuk mengawal komputer. CMOS juga berfungsi sebagai RAM (Random Access Memory) yang berukuran kecil 64 byte digunakan untuk menyimpan tetapan BIOS sewaktu komputer dimatikan.


Apakah fungsi CMOS ?

  • berfungsi sebagai tenaga sementara
  • berperanan sebagai power kepada BIOS laptop
  • mengawal tarikh , masa dan tetapan sistem konfigurasi

 

CMOS battery


Bagaimana tahu jika bateri CMOS saya gagal?

Jika bateri CMOS gagal, komputer tidak boleh menyimpan masa atau tarikh yang betul pada komputer selepas ia dimatikan. Contohnya, selepas menghidupkan komputer anda, anda mungkin melihat masa yang ditetapkan pada jam 12:00 P.M. dan tarikhnya ditetapkan semula pada 1 Januari 1990. Kesilapan ini menunjukkan bahawa bateri CMOS telah gagal.
Previous Post Next Post