
![]() |
| Pintu masuk ke Kampung Balung Cocos |
Jabatan Mineral dan Geosains (Korporat dan Ekonomi Mineral) telah mengesahkan bahawa bongkah batuan volkanik jenis 'basalt' yang tersusun rapi di tebing Sungai Balung, Tawau, itu berasal dari batu volkanik ini tidak melebihi 27,000 tahun berdasarkan usia Gunung Maria yang terdiri dari batuan volkanik "dacite" setinggi 1,082.04 meter (3,550 kaki) dan berusia 27,000 tahun.
Batuan basalt itu terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria iaitu antara gunung tertinggi di Tawau yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer di utara daerah ini. Batuan volkanik ini cuma terdapat di sini sahaja, tidak di tempat-tempat lain di Sabah mahupun di seluruh Malaysia.
Kawasan bongkah batu volkanik berkenaan sebenarnya sudah lama diketahui namun disebabkan kurangnya perhatian, keunikan kejadian semulajadi itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Bongkah batu berkenaan sebenarnya terbentuk hasil penyejukan magma dari perut bumi ketika muncul di permukaan bumi.
![]() |
| drive slow-slow ye sbb laluan yg sempit utk masuk & keluar |
















