Mengapa laptop sudah tidak perlukan CD DVD ROM?

Kini, boleh dikatakan bahawa penggunaan CD/DVD di laptop sudah tak relevan. Begitu juga dengan slot CD/DVD di laptop kita.

1. Sebahagian besar pengguna laptop sudah tidak menggunakan CD/DVD untuk apa-apa urusan termasuklah menyimpan data seperti urusan kerja, assignment, lagu, gambar kenangan, filem dan lain-lain.

2. Data-data masa kini disimpan dalam hard-disk atau thumb drive yang boleh diakses melalui USB port sahaja. Buat apa nak guna CD/DVD slot?

3. Software atau driver yang terdapat hari ini boleh dimuat turun melalui internet tanpa memerlukan CD atau DVD.

4. Kebanyakan pengeluar tidak lagi mengeluarkan laptop yang mempunyai slot CD/DVD atas sebab pembaziran ruang dan ingin menghasilkan laptop yang lebih nipis dan ringan.

Suka atau tidak, zaman penggunaan CD dan DVD hampir sampai ke penamat. Sama seperti penggunaan diskette/floppy disk yang sudah berakhir.


Elakkan daripada notebook & pc menyedut masa dan tenaga anda. Jangan biarkan ia semak samun dengan ladang virus, data tak terpakai. Hubungi kami untuk format dan refresh laptop anda.

wasap.my/601119044885


Artikel ini dikongsikan semula dari Blog Repair Laptop Alor Star

Previous Post Next Post