Selalu dengar perkataan antivirus, apakah fungsinya?



Antivirus adalah satu aplikasi yang direka untuk melindungi sistem dan maklumat dari malware. Selain itu, mengesan dan menghalang virus cuba yang merosakkan fail peribadi dan fail sistem yang terdapat pada komputer pengguna.

Terdapat antivirus yang berbayar dan ada juga yang boleh dipasang secara percuma namun ciri-cirinya sangat terhad berbanding antivirus berbayar.


Fungsi-fungsi Antivirus

MENGHENTIKAN PROGRAM-PROGRAM BAHAYA
Fungsi antivirus juga adalah mengesan segala program yang dianggap berbahaya bagi sistem komputer. Program yang dianggap bahaya mempunyai fail ‘.exe.’, dan antivirus serta merta melabelkan program tersebut sebagai program bahaya.

Virus from program as seen in task manager


MELINDUNG HALAMAN WEBSITE
Virus disebar melalui iklan ketika anda melayari sesuatu websites. Apabila anda melayari websites yang ada begitu banyak iklan, malware boleh menjangkiti website tersebut sekali gus boleh menjangkiti laptop atau pc. Antivirus boleh menghalang malware dari menjangkiti laptop atau pc anda.

Contoh ancaman virus dari webpage
Contoh ancaman virus dari webpage


DAPAT MENGESAN ANCAMAN VIRUS DALAM EMAIL DAN MEDIA SOSIAL
Secara tidak sedar, virus juga boleh dipindahkan melalui perbualan di email. Selain itu, berkongsi dokumen di media sosial juga antara penyebab pemindahan virus ke peranti lain. Antivirus berfungsi sebagai alat yang menapis mesej yang mengandungi malware masuk ke email.

Contoh ancaman virus dari email
Contoh ancaman virus dari email


LINDUNGI KOMPUTER DARI PERANTI YANG DISAMBUNGKAN
Apabila pc anda seringkali menjadi tempat untuk menyambungkan apa apa device, anda takleh agak jika salah satu device yang connected tu ada virus ke tak. So, bila anda install antivirus, anda boleh transfer apa saja document tanpa perlu risau mengenai virus dipindahkan sekali ke laptop or pc anda.

Shortcut virus from external device
Shortcut virus from external device



sumber, topixtechnology!
Previous Post Next Post