

Perbezaan SSD & HDD berdasarkan CrystalDisk software
Orang kata kalau nak komputer laju, beli atau gunalah dari storan berasaskan Solid State Drive (SSD) berbanding Hard Disk Drive (HDD.) Perkara ini sudah menjadi satu kelaziman untuk pengguna kerana kepantasan SSD yang lebih tinggi berbanding HDD.
Namun tahukah anda apa penjelasan di sebalik kepantasan SSD ini berbanding HDD?
Laju memang laju. Tetapi sebab apa?
Perbezaan utama teknologi SSD dan HDD terletak pada mekanism dan bagaimana mereka berfungsi.
Mekanisma Berfungsi Yang Berbeza
Faktor pertama adalah SSD tidak menggunakan komponen bergerak seperti HDD. SSD hanya menggunakan cip dan litar elektrik semata-mata untuk berfungsi.Berlainan dengan HDD, HDD menggunakan 'lengan' mekanikal untuk membaca atau menulis dan memindahkan data dalam cakera. Perbezaan mekanism inilah yang menjadikan faktor urama mengapa SSD adalah lebih pantas.
Pada cakera HDD, ia dibahagikan kepada beberapa sektor data. Apabila lengan ini bergerak, ia sebenarnya sedang menulis 0 dan 1 dalam kawasan kecil sektor-sektor tersebut.
Jika diberikan perumpamaan, ia HDD diibaratkan seperti anda terpaksa berjalan merentasi bilik mendapatkan buku untuk mendapatkan maklumat sementara SSD pula secara magiknya buku tersebut boleh muncul di depan mata tanpa perlu berjalan pun.
sumber, wiser.my