Solid State Drive (SSD) atau juga dikenali sebagai Solid State Disk kini merupakan keperluan bagi komputer moden. Berbanding zaman beberapa tahun lepas di mana harga SSD adalah sangat mahal, kini terdapat banyak model budget ssd yang boleh dibeli di pasaran pada harga yang mampu milik. Terima kasih kepada kemajuan teknologi dan economies of scale.
Bagi mereka yang kurang jelas, SSD ialah teknologi storan yang lebih baru dan moden berbanding mechanical hard disk biasa yang digunakan pada majoriti komputer desktop dan laptop. Bezanya, SSD tiada “mechanical atau moving parts” dan kurang risiko mengalami kerosakan data berbanding hard disk. Lumrah teknologi baru, harga bagi SSD adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan hard disk biasa – contohnya pada harga satu SSD kapasiti 120GB anda boleh beli hard disk biasa dengan kapasiti 1TB. Tetapi, walaupun harga lebih tinggi, SSD menawarkan banyak kelebihan lain yang membuatkan pengguna tegar SSD sukar untuk menggunakan komputer dengan hard disk biasa.
Apple merupakan syarikat pembuat komputer yang menyertakan SSD di dalam setiap model laptop mereka iaitu, Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro. Itulah sebabnya anda lihat Macbook dijual dengan kapasiti 128GB, 256GB dan 512GB. Apple lebih mementingkan kelajuan berbanding kapasiti. Hasilnya, kebanyakan model Macbook walaupun menggunakan processor dual-core tetapi sangat laju dan responsif. Pembuat PC lain pula kini dilihat semakin beralih kepada storan SSD di dalam model-model komputer terbaru, dan tidak terhad kepada komputer kategori high-end sahaja.
10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggunakan Solid State Drive (SSD) di Komputer Anda