
Sebaik-baiknya, cari masa yang sesuai untuk menghantar komputer riba/PC anda ke kedai. Biasanya, kedai komputer atau juruteknik memerlukan masa untuk memeriksa dan menyelenggara komputer riba anda.
Kadang-kadang ada sesetengah orang yang terburu-buru, jadi bila nak ambil laptop dikedai, bila sudah nak test depan-depan, mula lah laptop tu buat hal macam blue screen, loading, windows update yang tak selesai.
Sebab apa? Sebab semua tu perlukan masa untuk betul-betul settle...
Amalkan servis dan format laptop dalam 6 bulan sekali atau setahun sekali.
![]() |
| Data backup bergantung pada saiz data dalam hard disk atau SSD pengguna. Semakin besar jumlah data, semakin lama masa yang diperlukan. |
![]() |
| Data backup bergantung pada saiz data dalam hard disk atau SSD pengguna. Semakin besar jumlah data, semakin lama masa yang diperlukan. |
Tidak kira apa sahaja urusan harian kita, dari beratur di kedai mamak, urusan perbankan, tempahan KFC, sehinggalah beratur di kaunter. Memang memerlukan kesabaran dan sedikit masa.
Ia sama seperti proses menyelesaikan masalah dan menyelenggara PC/laptop. Proses ini akan mengambil sedikit masa. Ia mungkin satu atau dua jam, kadang kala sehari. Mengikut simptom dan masalah yang timbul.
sumber, joeycomputerrepair

