Tanda-tanda bateri laptop nak rosak!

Pernah tak masa pakai laptop tiba2 laptop tu padam sendiri, tak ada bluescreen, tak ada warning dan laptop tak panas pun. Kenapa ya? 

1 - Windows akan mengeluarkan amaran kepada anda 

Teknologi ini mula dilihat pada generasi Windows 7 dan seterusnya. Sesetengah laptop akan mula mengeluarkan icon pangkah atau X berwarna merah jika bateri terlalu lemah. Ada juga yang dapat notification berbunyi " Consider Replacing Your Battery ".

2 - Percentage power pada battery akan drop secara mendadak

Walaupun dah ditinggalkan caj beberapa jam sehingga penuh, bateri hanya dapat bertahan beberapa ketika sahaja. 

3- Laptop tiba-tiba mati dengan sendiri ketika digunakan

Baru sahaja lepas bateri di caj penuh, tidak sampai beberapa minit laptop tiba-tiba termati sendiri. Apabila laptop cuba dihidupkan kembali, tiada sebarang respon ditunjukkan.

4 - Laptop tak boleh dihidupkan langsung tanpa charger

Ini dah berada pada tahap kritikal dan bateri memang perlu ditukar baru. Lebih baik buang bateri tersebut dari anda biarkan pada laptop kerana ianya berisiko tinggi. Tapi ingat, buanglah ia pada tempat yang sepatutnya seperti kitar semula.

Sumber, OKCS


Previous Post Next Post