Punca speaker laptop cepat rosak


Masalah speaker laptop pecah, koyak atau reput biasa terjadi pada mana-mana laptop tak kira apa brand sekalipun.

Biasanya, masalah speaker koyak ni jika korang selalu set sound speaker korang pada maximum volume (kalau sound slow, memang selalu set ke maximum).

Software seperti VLC player yang boleh set bunyi melebihi kemampuan speaker boleh menyebabkan kerosakan speaker


Selain itu juga material speaker juga menjadi penyebab masalah kerana biasanya material yang digunakan adalah jenis kertas. Kertas Kon speaker ini akan reput, terkoyak atau berlubang bila laptop sudah berusia. Kadang-kadang serangga (contohnya semut halus) juga menjadi penyebab speaker berlubang.

Dawai kokot menyangkut pada lubang speaker


Cara biasa untuk baiki masalah speaker ini, biasanya adalah mengantikan dengan yang baru atau used.Dan cara penggantian speker ini biasa membabitkan kos antara RM100-RM180 bergantung pada model, penjual atau speaker tu baru atau secondhand.

credit, macnotestudio
Previous Post Next Post