Servis Format Laptop di Sandakan


Mengapa kita perlu format laptop? Antara sebab utamanya adalah black atau blue skrin iaitu kegagalan operating system untuk berfungsi, di serang virus dan malware, kelembapan tahap loading laptop yang membuatkan anda stress.

Apakah Itu Format?

Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut kami akan bagi tahu serba sedikit apakah yang dimaksudkan ‘format komputer atau laptop’ ini. Menformat komputer adalah suatu proses yang akan membuang atau menghapuskan data dan mengimbas sektor yang rosak di dalam hard disk. Ia juga tidak akan memasukkan data ke dalam sektor yang rosak apabila sistem operasi baru dipasang.


Waktu Terbaik Format Laptop


Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba pelbagai cara untuk menjalankan semula sistem komputer tetapi ia masih bermasalah. Secara umumnya, melainkan kita mempunyai pengetahuan dalam pemulihan sesuatu masalah, ia masih sukar untuk dipulihkan. Apabila ini berlaku, memformat komputer merupakan cara yang boleh membantu. Berikut adalah waktu terbaik untuk anda format laptop;


#1 Semasa Laptop Diserang Virus

Kadang-kadang secara sedar atau tidak, memang anda sudah padam virus yang menyerang laptop (menggunakan anti -virus), akan tetapi bekas-bekas jangkitan virus tersebut boleh menyebabkan laptop anda jadi lambat dan slow.

#2 Data Susah Nak Dihapuskan

Perasan atau tidak, ramai pengguna tidak menyedari bahawa laptop mereka dipenuhi dengan data yang tidak diperlukan (seperti perisian atau software, biasanya ini akan terjadi bila anda tengah nak install software yang di ‘download’ terus dari internet. Pastikan anda ‘unclick’ pada tawaran untuk install software yang lain atau tidak diperlukan). Inilah antara punca laptop anda jadi ‘hang’. Dan yang paling parahnya, data-data yang tidak diperlukan tadi amat sukar untuk dihapuskan.

#3 Nak Upgrade Sistem Operasi Sedia Ada

Sudah semestinya anda nak upgrade kepada sistem operasi yang lebih terkini. Hal ini memerlukan untuk anda format laptop. Tapi pastikan laptop anda memenuhi spesifikasi sistem operasi yang baru bagi mengelakkan sebarang masalah selepas anda menformat.

contact kami di http://rafiksolutions.wasap.my

kredit frlptopsrvs
Previous Post Next Post