Tawai Rainforest Camp merupakan pusat rekreasi @ pelancongan yang berada 5 KM daripada Pekan Telupid. Memiliki pelbagai kemudahan seperti chalet, tempat memanggang dan tempat mandi yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Bagi penggemar aktiviti luar dan lasak, Tawai Rainforest juga menyediakan aktiviti pendakian. Tempat ini amat sesuai untuk keluarga yang ingin berkelah dan juga aktiviti berkumpulan. Sebarang info sila hubungi Pejabat Perhutanan Telupid di Tel: 089-521743.
Pusat riadah Tawai Rainforest ini dibuka kepada orang ramai dengan tiket masuk RM 3.00 dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas. Bagi kanak-kanak dibawah umur 8 tahun adalah percuma. Antara kemudahan yang disedikan disini ialah tandas, bilik mandi, bilik persalinan, pondok rehat, jungle tracking dan kemudahan BBQ. Bagi yang bercadang untuk bermalam, chalet disediakan dengan sewa yang berpatutan.
Air Terjun Tawai merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah. Air Terjun Tawai terletak di bahagian pedalaman daerah Telupid Sabah.
Air Terjun Tawai terletak di dalam Hutan Simpan Tawai di daerah Telupid, Sandakan Sabah. Air Terjun Tawai mempunyai ketinggian 95 meter dengan jatuhan airnya yang dianggap paling deras di Sabah.
Untuk ke Air Terjun Tawai, pengunjung boleh memandu sendiri, menyewa kenderaan yang mana pemandunya tahu jalan ke Air Terjun Tawai atau pengunjung juga boleh menghubungi terus mana-mana ejen pelancongan yang berdaftar. Sekiranya pengunjung datang dari Kota Kinabalu jauhnya adalah lebih kurang 200 km iaitu lebih kurang 3-4 jam perjalanan, dan dari Telupid ke Air Terjun Tawai ini mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan (bergantung keadaan jalan).
Bagaimanapun, sebelum pengunjung berkunjung ke Air Terjun Tawai, pengunjung mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Sabah kerana kawasan Hutan Simpan Tawai adalah dibawah seliaan Jabatan Perhutanan Sabah.
Adalah digalakkan kepada pengunjung yang ingin ke sini dengan memandu sendiri agar menggunakan kenderaan pacuan 4 roda kerana jalannya yang agak sukar untuk dilalui oleh kenderaan biasa. Selain itu, sebaiknya juga pengunjung mendapatkan seorang Malim agar dapat menunjukkan jalan ke Air Terjun Tawai sekiranya pengunjung tidak mengetahui jalan ke sana.
sumber http://orangsabahan.blogspot.my/p/air-terjun-tawai.html

![]() |
| panorama view dari puncak ke 4 - Tawai Rainforest Camp, Telupid |

Bah menarik nih lokasi..
ReplyDeleteJadi sapa guide yg boleh atur trip time d sana?
Apa no contact nya?
Unclee Ruly 01465-88833
Berapa bayaran guide?
ReplyDelete